suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes Penganggur Bunuh Teman Wanita Disebut Semula 11 Mei

IPOH: Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes seorang penganggur yang menghadapi pertuduhan membunuh teman wanitanya, 28 Februari lepas.


Majistret Haslinda A. Raof menetapkan tarikh itu selepas pertuduhan ke atas tertuduh N.Sanderasegaran, 28, dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sanderasegaran dituduh membunuh S. Durga Devi, 17, antara pukul 11 malam (27 Feb) hingga 6 pagi (28 Feb) di rumah beralamat No. 4, Kampung Batu Besi, Ladang Sengat, Simpang Pulai, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Lain