suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serang Pekerja Asing, Papagomo Akan Didakwa Jumaat

PETALING JAYA: Penulis blog kontroversi Papagomo akan didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas dakwaan menyerang seorang pekerja asing.

Dia dijangka didakwa pada pukul 9 pagi.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan menerusi video berdurasi empat minit yang dimuat di Facebook dan menjadi viral di media sosial.

Papagomo berkata, dia menyerang pekerja berkenaan kerana lelaki itu didakwa melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya serta dua lagi rakan mereka.

Dia kemudiannya memuat naik video tersebut yang didakwa berlaku pada 29 Januari lalu menerusi halaman Facebooknya Sir Azri.

Tambah Papagomo, dia memuat naik video di Facebook bagi memberi penjelasan tentang insiden yang berlaku.

Artikel Lain