suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ikatan Nafi Sertai PAS Bentuk Blok Baharu Pembangkang

Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

PETALING JAYA: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bukan salah satu parti yang bergabung bersama PAS untuk membentuk blok baharu pembangkang, kata presidennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Beliau menafikan spekulasi mengenai parti pelbagai kaum yang baharu itu akan menyertai kerjasama rasmi dengan PAS, walaupun pemimpin-pemimpin dari kedua-dua parti berhubung rapat.

"Tidak, ia tak benar. Ya, kami memang sangat rapat dengan PAS tetapi tiada hubungan rasmi yang diperkatakan," katanya kepada The Star Online pada Khamis.

Abdul Kadir yang merupakan bekas menteri Kabinet turut menafikan mesyuarat yang dikatakan diadakan bersama pemimpin-pemimpin PAS pada Khamis bagi membincangkan kerjasama berkenaan.

"Tiada jemputan rasmi," katanya ketika ditanya jika PAS telah menghubungi mereka mengenai idea untuk membentuk blok baharu pembangkang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis mendedahkan bahawa parti Islam itu PAS akan menubuhkan sebuah blok baharu pembangkang pada 16 Mac ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan.

Ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pada Khamis, Takiyuddin berkata parti Islam itu akan bekerjasama dengan mereka yang mempunyai objektif sama.

Ikatan ditubuhkan pada Mei tahun lalu.


Artikel Lain