suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Patah Pergelangan Tangan Tersepit Mesin Pencetak

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki patah pergelangan tangan kanan selepas tersepit pada mesin pencetak plat dalam kejadian di Taman Perindustrian Kepong di sini, petang Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohamed Sabri A Shamsudeen berkata, dalam kejadian 5 petang itu, tangan mangsa Muhammad Hafiz Muhamad Azhar, 19, berjaya dikeluarkan dengan menggunakan sebuah peralatan khas.

"Anggota bomba terpaksa menggunakan 'hydraulic ram' untuk merenggangkan mesin tersebut sebelum tangan mangsa dapat dikeluarkan sepenuhnya," kata beliau kepada Bernama di sini, Rabu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 5.11 petang, sebelum tujuh pegawai dan anggota serta lima jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

Mangsa yang patah pergelangan tangan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan, katanya. - Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain