suria

Najib Enggan Jawab Isu SRC Berdasarkan Laporan Berita

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan memilih untuk tidak menjawab soalan dua Ahli Parlimen pembangkang berhubung dana daripada SRC International Sdn Bhd yang didakwa disalurkan ke akaun bank peribadi Perdana Menteri.

Dalam jawapan bertulis kepada Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) dan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, persoalan yang dibangkitkan hanya berdasarkan laporan berita di mana ketulenan maklumatnya  tidak dapat ditentukan.

"Seperti Peraturan Mesyuarat 23(1)(i), perkara ini tidak perlu dijawab kerana ia adalah satu soalan yang bertujuan mendapatkan penjelasan berdasarkan kepada perkara yang dibangkitkan oleh media," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Terdahulu Wong mengemukakan soalan mengenai pihak berkuasa yang meluluskan pemindahan RM42 juta dari SRC International ke akaun persendirian yang dimiliki oleh Najib.

Sementara Pua bertanya sama ada  SRC International membuat bayaran sebanyak RM170 juta antara 8 Julai dan 8 Ogos 8 2014 kepada Syarikat Putra Perdana Construction dan mengapa RM27 juta daripada jumlah itu disalurkan ke akaun bank Najib.

Artikel Lain