suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Berpakaian Wanita Mati Terjatuh Kondominium

Anggota polis membawa mayat dari lokasi kejadian di sebuah kondominium di Subang Jaya pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang berpakaian wanita ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah kondominum di SS19, Subang Jaya pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli berkata, mangsa yang berusia 21 tahun sebelum itu dikatakan bergaduh dengan seorang lelaki warga Afrika di tingkat tiga kondominium berkenaan sebelum ditemui mati di perkarangan kondominum itu oleh penduduk pada pukul 9 pagi.

"Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan leher," katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, kad pengenalan mangsa menunjukkan mangsa berjantina lelaki dan berasal dari Sabah.

Yahaya berkata ekoran kejadian itu, warga Afrika berusia 40 tahun tersebut telah ditahan di rumahnya di tingkat tiga kondominium itu dan kini ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. - Bernama

Artikel Lain