suria

Karier Politik Muhyiddin Hampiri 'Game Over' - Zaaba

Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin cawangan Umno dari bahagian Pagoh menyifatkan karier politik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai semakin menghampiri 'game over' berikutan tindakannya menandatangani deklarasi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Cawangan Seri Ledang Utara, Datuk Zaaba Aman berkata berpendapat adalah lebih jika Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan itu turut dipecat daripada parti.

“Untuk kebaikan Umno sendiri, lebih baik jika Muhyiddin dipecat. Dia dah ‘finish’, ‘game over’, cukup.

“Dah kesilapan beliau sendiri, nak buat macam mana. Perjuangan Muhyiddin dah bertentangan dengan apa yang beliau cakap sebelum ni," katanya seperti dipetik dalam sebuah portal berita pada Selasa.

Zaaba merupakan kenalan rapat kepada Muhyiddin.

Beliau berkata keputusan Muhyiddin untuk menandatangani Deklarasi Rakyat menentang Najib bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti pembangkang telah memusnahkan karier politiknya.

“Sebagai pejuang yang tegar, macam mana beliau boleh bersekongkol dengan DAP? Pada saya, beliau dah pergi jauh," katanya.

Menurut Zaaba, beliau bimbang Muhyiddin akan menggunakan pentas di mesyuarat Umno Bahagian itu untuk mengkritik presiden.

"Saya bimbang, kita nak menghadapi mesyuarat Bahagian tak lama lagi. Jadi, bila dia bertenggek atas pentas Bahagian nanti, dia akan belasah Najib dan pimpinan Umno habis-habisan.

“Kita kat Pagoh dok termenung je. Saya tak boleh terima tu," katanya.

Artikel Lain