suria

Lelaki Tempatan, Dua Warga Thailand Dituduh Edar Dadah

PASIR MAS: Tiga lelaki termasuk dua warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Selasa, terhadap tuduhan mengedarkan dadah jenis Metamphetamine seberat 41.28 kilogram, bulan lepas. 

Pekerja perkakasan Syazwan Salim, 27, dua warga Thailand Masawee Mamah, 45,dan Awae E Sor, 35, kedua-duanya penoreh getah, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali. 

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh. Mereka didakwa mengedar dadah jenis Methampetamine seberat 41.28 kilogram di dalam kereta jenis Nissan bernombor pendaftaran Thailand di bawah garaj di Kampung Bagus, Rantau Panjang di sini, pada 3.10 petang, 23 Feb 2016.  

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nurhidayah Mat Saad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.  

Mahkamah menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula kes.-Bernama

Edar dadah

Artikel Lain