suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Individu Miliki Bahan Daesh Di Pulau Pinang Ditahan

Abdul Ghafar Rajab

GEORGE TOWN: Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di Bukit Mertajam pada Khamis lepas kerana memiliki bahan yang dipercayai menyokong kegiatan militan Daesh.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata lelaki itu pada awalnya ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

"Polis memang menemui ganja pada suspek. Namun pemeriksaan seterusnya di rumah suspek turut menemui bendera Daesh," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata penahanan penganggur itu merupakan kes pertama melibatkan Daesh di negeri ini.

Lelaki berkenaan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Abdul Ghafar berkata kes itu telah diserahkan kepada polis Bukit Aman yang mempunyai pasukan khas memantau kegiatan Daesh. -Bernama

Bendera Daesh

Artikel Lain