suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Mayat Rentung Ditemui Dalam Kereta Di Ladang Kelapa Sawit

JOHOR BARU: Seorang pekerja ladang menemui tiga mayat rentung dalam sebuah kereta di ladang kelapa sawit Sungai Layang, Ulu Tiram dekat sini Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam DSP Norazam Shaari berkata pekerja ladang berkenaan menjumpai ketiga-tiga mayat itu kira-kira 4 petang, sebelum memaklumkan kepada polis.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, hampir keseluruhan kereta tersebut terbakar.

"Identiti ketiga-tiga mangsa belum dapat dikenal pasti dan polis tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku tiga hari lepas," katanya di sini Isnin.

Beliau berkata motif kejadian masih disiasat.

Kesemua mayat dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat, katanya. - BERNAMA

mayat, rentung, ladang sawit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain