suria

Empat Kritikal Makan Makanan Dicemari Racun Serangga

Gambar hiasan.

IPOH: Empat orang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini selepas makan makanan yang dipercayai dicemari racun serangga di sebuah kedai makan di Batu Gajah.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Perak Datuk Dr Mah Hang Soon yang mengesahkan kejadian itu berkata makanan itu dipercayai dicemari racun serangga jenis organo fosfat.

"Semua yang kritikal ini dimasukkan ke wad hari ini," katanya.

Beliau bagaimanapun menafikan 'viral' yang mengatakan terdapat individu telah meninggal dunia akibat kejadian itu.

Mah menasihati orang ramai supaya tidak bimbang dan memberi jaminan akan menyiasat punca makanan dicemari racun serangga itu. - BERNAMA

racun serangga, makanan

Artikel Lain