suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M Ketuai Sidang Media 'Selamatkan Malaysia'

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai sidang media 'Selamatkan Malaysia' di rumah kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini pada petang Jumaat.

Sidang media itu diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara tokoh politik lain yang turut hadir ialah Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan,Tan Sri Muhyiddin Yassin;  bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden Amanah Mohamed Sabu; Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali; bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; bekas Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga;  bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan; Naib Presiden PKR Tian Chua; Ahli Parlimen PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi Bersih 4, Maria China Abdullah.

Dalam sidang media itu Dr Mahathir yang ditemani Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menyatakan kehadiran mereka kerana satu sebab iaitu rakyat Malaysia yang bertanggungjawab memeliharan negara ini.

Berita lanjut menyusul...


Umno, PKR, DAP

Artikel Lain