suria

APO2016: Ikie Coki Lawan Wak Doyok Bagi Anugerah Ikon Fesyen

Ikie Cokie bergambar bersama Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai pada pelancaran APO2016 di Zebra Square, Kuala Lumpur pada Khamis.

PETALING JAYA: Model cilik, Muhammad Rizqie Zaidani atau lebih terkenal dengan nama Ikie Coki mencipta rekod tersendiri apabila tercalon dalam kategori Ikon Fesyen Anugerah Pilihan Online (APO 2016).

Berdasarkan senarai pencalonan awal, Rizqie, 5, akan bersaing dengan 22 nama besar yang berpengalaman luas dalam dunia fesyen dan peragaan tempatan dan antarabangsa.

Namun tidak keterlaluan Rizqie boleh dikatakan sebagai trendsetter dunia fesyen kanak-kanak yang sentiasa tampil dengan gaya penuh glamor dan stylo.

Pengaruhnya di media sosial tidak kurang hebatnya apabila setakat ini Rizqie mempunyai seramai 55,000 pengikut di Instagram miliknya iaitu @ikie_coki.

Dengan lagaknya seperti fashionista berpengalaman, Rizqie sentiasa muncul bergaya dengan skinny jeans yang dipadankan bersama kemeja-t dan jaket, berkacama hitam serta rambut yang disisir rapi.

Menerusi APO 2106, Rizqie akan bersaing dengan ikon fesyen antarabangsa iaitu Mohd Azwan Md Nor atau Wak Doyok yang mempunyai seramai 1.1 juta pengikut di Instagram.

Selain itu antara selebriti lain yang turut tersenarai dalam pencalonan awal Ikon Fesyen APO 2016 ialah Vivy Yusof, Rozita Che Wan, Nazim  Othman, Nur Fazura, Sazzy Falak, Awal Ashaari, Marion Caunter, Neelofa, Bella Alyahya serta Scha Al Yahya.

Pereka fesyen terkenal seperti Jovian Mandagie dan Ezuwan Ismail turut tercalon dalam kategori Ikon Fesyen APO 2016.

Pembaca mStar Online dan pendengar Suria FM boleh terlibat dalam pengundian awal untuk mencari lima pencalonan utama bagi setiap kategori yang dibuka bermula 3 Mac hingga 31 Mac.

Selepas itu proses pengundian lima pencalonan bagi mencari pemenang utama setiap kategori pula dibuka bermula 1 April hingga 27 April depan.

Pencalonan dan pengudian secara dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my

Sebarang perkembangan terkini mengenai APO2016 juga boleh diikuti di laman Facebook https://www.facebook.com/AnugerahPilihanOnline

Anugerah yang bertemakan Glam Digital itu bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan.

APO2016, mStar Online, Instagram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain