suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganggur Maut Diserang Sekumpulan Lelaki

PETALING JAYA: Seorang penganggur maut manakala seorang lagi cedera parah dipercayai diserang sekumpulan lelaki di Jalan Utara di sini pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, kedua-dua lelaki itu yang menaiki motosikal dikejar sekumpulan 12 lelaki yang menaiki empat kereta dari sebuah pub di Jalan Gasing, di sini sebelum mereka dipercayai ditikam dengan senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata mangsa yang dikenali sebagai S.Paramanathan, 36, maut akibat kecederaan parah di kepala dan perut.

Seorang lagi mangsa B.Jeevananthan, 24, cedera parah di tangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dengan senjata, katanya ketika dihubungi.

Maut, Bunuh

Artikel Lain