suria

Pengawal Keselamatan Maut, Rakan Cedera Ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang pemandu lori cedera parah selepas ditembak suspek yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata dalam kejadian 4.40 pagi tadi berhadapan sebuah stesyen minyak Petron, Jalan Semenyih Kajang, mangsa yang berumur 45 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, manakala pemandu lori, 26, yang cedera parah di hantar ke Hospital Kajang dan masih koma," katanya di sini, AHad.

Willey berkata kedua-dua mangsa ditemui terbaring di lokasi kejadian dalam keadaan berlumuran darah.

Siasatan awal mendapati, suspek mendatangi kedua-dua mangsa dengan menaiki motosikal dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa.

"Siasatan ditempat kejadian telah menjumpai beberapa kelongsong peluru, motif kejadian masih disiasat," katanya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Kajang, Tembak

Artikel Berikut

Artikel Lain