suria

Politik Johor Berhadapan Cabaran - Khaled

JOHOR BARU: Johor bakal berhadapan cabaran besar dalam politik selepas penggantungan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

"Saya akui bahawa keputusan ini menjadi cabaran besar bagi kami dan saya percaya bahawa Umno perlu bekerja lebih keras," katanya.

Muhyiddin kekal sebagai Ketua Umno Pagoh walaupun Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan menggantung beliau sebagai nombor dua dalam parti.

Bercakap kepada pemberita, Mohamed Khaled berkata, keutamaan ahli Umno mestilah kepada parti secara keseluruhannya.

Ditanya mengenai pendirian Umno Pagoh menolak penggantungan itu, Mohamed Khaled berkata beliau menyedari langkah itu dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan Umno untuk membuat keputusan.

"Saya percaya Majlis Tertinggi akan menilai perkara itu dengan cara yang sebaik mungkin," katanya.

Sementara itu Ketua Umno Bahagian Johor Baru, Tan Sri Shahrir Samad berkata penggantungan itu bukan satu keputusan yang mudah.

Beliau berkata proses agenda perpaduan akan tertangguh jika seseorang dalam parti terus mengkritik presiden.

"Jika saya mempunyai pandangan yang berbeza, saya akan menawarkan diri untuk 'berehat' daripada parti bagi mengelakkan punca kekecohan," katanya.

Khaled Nordin, Umno

Artikel Lain