suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan MAS KL-London Berpatah Balik Kerana Masalah Teknikal

PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia Airlines MH2 ke London terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana masalah teknikal.

Pegawai Perhubungan Awam MAS Adlina Azharuddin memberitahu The Star bahawa penerbangan menuju ke lapangan terbang Heathrow, yang berlepas pada pukul 11.30 malam Khamis telah berpatah balik dan tiba di KLIA pada pukul 1.56 pagi Jumaat.

"Pesawat menghadapi masalah sejurus selepas berlepas. Demi kepentingan keselamatan penumpang, kapten memutuskan untuk kembali ke KLIA.

"Penerbangan itu telah dijadual semula dan berlepas pada Jumaat menggunakan sebuah lagi pesawat. Keselamatan penumpang tidak terjejas dalam kejadian itu," katanya.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu kini sedang menyiasat punca kerosakan tersebut.

Sebelum itu, seorang penumpang MH2 memberitahu The Star bahawa kapten penerbangan telah mengenal pasti bahawa ada sesuatu yang tidak kena sejurus selepas pesawat berlepas dari KLIA.

"Dari belakang pesawat kami dapat menghidu sesuatu seperti getah dan bahan api terbakar. Kami juga mendengar penumpang di dek atas di kelas perniagaan dan kelas pertama menghidu bau minyak hidraulik yang kuat.

"Kapten kemudian memberitahu penumpang bahawa dia juga boleh menghidunya dari dalam kokpit dan kemudian mendapati berlakunya kegagalan dalam Engine One," kata penumpang itu.
KL-London, MAS, masalah teknikal

Artikel Sebelum

Perjalanan Politik Muhyiddin

Artikel Lain