suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penggantungan Muhyiddin Bakal Beri Cabaran Besar Kepada Politik Negeri - MB Johor

JOHOR BARU: Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled mengaku penggantunggan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno bakal memberi cabaran besar kepada politik negeri.

Pengerusi  Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri itu berkata,  semua bahagian negeri perlu memberi keutamaan kepada parti secara keseluruhannya.

"Ada sebahagian yang akan menerima keputusan tersebut dan terdapat juga yang kecewa, malah akui keputusan itu merupakan cabaran besar kepada kita.

"Kita perlu bekerja lebih kuat," jelasnya selepas menghadiri Federation of Malaysian Small and Petty Traders Association pada Sabtu.

Majlis Tertinggi pada Jumaat menggantung Muhyiddin daripada memegang jawatan timbalan presiden berikutan kritikan berterusan terhadap presiden parti dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan dengan isu 1MDB dan sumbangan politik RM2.6 bilion.

Khaled Mohamed, Muhyiddin Yassin

Artikel Lain