suria

Kertas Siasatan Terhadap Tun Mahathir Sedang Dilengkapkan - Polis

Noor Rashid Ibrahim

KUALA LUMPUR:  Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya pada 5 Februari lepas yang didakwa berunsur fitnah.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata apabila selesai kelak, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk diteliti.

"Tanggungjawab polis adalah untuk siasat kenyataan yang dibuat (oleh Dr Mahathir) dan dapatkan kenyataan daripadanya... ia telah dilakukan.

"Kita akan teliti dan lengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada DPP untuk keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Perbincangan Meja Bulat Mengenai Punca Utama Jenayah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan selepas polis mengambil keterangan Dr Mahathir baru-baru ini.

Pada 24 Februari lepas, polis merakam percakapan Dr Mahathir di Putrajaya berhubung kenyataannya itu. -Bernama

Tun Dr Mahathir Mohamad, siasat

Artikel Lain