suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penggantungan Muhyiddin 'Keputusan Sukar'

Tan Sri Shahrir Samad

JOHOR BAHRU: Keputusan untuk menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno bukan sesuatu yang mudah, kata Ketua Umno Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad.


Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, berkata keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi parti itu sukar kerana pilihan raya umum akan diadakan dalam masa kurang dari dua tahun.

"Proses penyediaan agenda perpaduan parti akan menjadi lewat jika seseorang dalam parti terus mengkritik presiden di forum luar parti.

"Jika saya mempunyai pandangan yang berbeza, saya menawarkan diri untuk berehat seketika daripada parti bagi mengelakkan berlakunya kekecohan terutama apabila pilihan raya sudah dekat " katanya pada sidang media selepas menghadiri program gotong-royong di Taman Seri Intan pada Sabtu.

"Ahli-ahli parti perlu memikirkan tentang parti dan bukannya pendapat peribadi mereka," katanya.

Majlis Tertinggi pada Jumaat menggantung Muhyiddin daripada memegang jawatan timbalan rresiden parti sehingga pemilihan parti akan datang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain