suria

MH370: Suri Rumah, Keluarga Waris Fail Saman Terhadap MAS Akibat Cuai

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dan keluarganya memfailkan saman terhadap MAS dan lapan yang lain dengan menuntut ganti rugi lebih RM10 juta atas misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia Airlines (MH370).

Peguam Shailender Bhar memfailkan tuntutan sivil itu mewakili keluarga tersebut di Mahkamah Tinggi di sini Khamis.

K. Sri Devi, dua anaknya, Haresh Varmer dan Thashvarmen, serta ibu bapa suaminya mengambil tindakan undang-undang terhadap MAS kerana kecuaian.

Sri Devi adalah balu kepada salah seorang mangsa nahas pesawat MH370, S.Puspanathan.

Mereka menamakan Malaysian Airlines System Bhd, Malaysia Airlines Bhd, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Imigresen, Tentera Udara Diraja Malaysia dan kerajaan sebagai antara sembilan defendan. 


MAS, MH370, saman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain