suria

Jumlah Mangsa Banjir Di Pusat Pemindahan Menurun

Mangsa banjir yang menerima bantuan pada lawatan mengejut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di Dewan Masyarakat Serian pada Rabu. - fotoBERNAMA

KUCHING: Tujuh pusat pemindahan mangsa banjir masih beroperasi di daerah Serian pagi Khamis namun bilangan mangsa yang berada di situ menurun sedikit.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata sehingga pukul 8 pagi Khamis seramai 1,523 orang daripada 477 keluarga masih berada di tujuh pusat berkenaan berbanding 1,538 orang darpada 483 keluarga malam Rabu.

Dengan keadaan cuaca yang cerah sepanjang hari ini, beliau menjangka beberapa pusat pemindahan akan ditutup pada Khamis dan lebih ramai mangsa akan dapat pulang ke rumah masing-masing.

Banjir yang melanda negeri Sarawak sejak Sabtu lalu menjejaskan 7,965 orang daripada 2,051 keluarga yang terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat perpindahan yang dibuka di Kuching (25), Serian (13), Bau (14), Samarahan (lima) dan masing-masing sebuah di Padawan dan Simunjan. - BERNAMA

banjir, Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain