suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Ambil Keterangan Tun M

Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Polis mengambil keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataannya di blog, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kita telah aturkan untuk mengambil keterangan beliau. Saya rasa ia sedang berjalan sekarang," kata Khalid kepada pemberita selepas majlis di ibu pejabat polis Bukit Aman pada Rabu.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai lokasi perjumpaan polis dengan Dr Mahathir.

Beliau menjelaskan bahawa ia diadakan di sebuah tempat awam yang diaturkan oleh bekas perdana menteri itu.

Ditanya sekiranya lokasi berkenaan adalah pejabat Dr Mahathir di Putrajaya, Khalid berkata: "Mungkin."

Artikel Sebelum

Artikel Lain