suria

Warga Emas Hilang Di Hutan Masih Dicari

KUCHING: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih mencari seorang warga emas berusia 72 tahun yang dilaporkan hilang di hutan di Kampung Selabi Siangkam, Serian sejak empat hari lalu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan warga tua itu Tagas Anak Lanoi, 72, semalam daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Serian.

Katanya sepasukan empat anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Kamri Bujang telah pergi ke lokasi yang terletak kira-kira lima kilometer dari pekan Serian untuk gerakan mencari dan menyelamat mangsa dengan dibantu penduduk kampung.

Polis menerima laporan daripada anak mangsa memaklumkan bapanya meninggalkan rumah pada 19 Feb lalu untuk pergi ke rumah anaknya di Kampung Mantong, Serian tetapi sehingga hari ini belum kembali.

Farhan berkata mangsa dipercayai hilang di hutan kerana maklumat daripada penduduk kampung yang terserempak dengan mangsa dan apabila ditanya mangsa memberitahu beliau hendak ke hutan untuk mencari buah-buahan. 

Kuching, Warga Emas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain