Tindakan Terhadap Dua Adun PKR Adalah Sama Sebelum Khalid Dipecat - Semasa | mStar

Tindakan Terhadap Dua Adun PKR Adalah Sama Sebelum Khalid Dipecat

Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kecewa dirinya tidak menerima sokongan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila beliau bertindak menyingkirkan dua Adun parti itu daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

"Apa yang dua Adun PKR lakukan adalah sama dengan apa yang bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lakukan sebelum pemecatannya daripada parti itu pada 2014.

"Khalid berkata tentang satu perkara dalam pertemuan mereka tetapi selepas itu melakukan tindakan sebaliknya.

"Pada masa itu kami menghormati keputusan PKR memecat Khalid.

"Sekarang situasinya sama tetapi mengapa PKR tidak menyokong kami?

"Sebaliknya, kepimpinan PKR cuba untuk mengembalikan jawatan mereka (kedua-duanya) semula. Adakah mereka mengatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan apa yang telah berlaku kepada Khalid dan mahukan Khalid semula juga?

"Saya tidak fikir begitu. Kita harus konsisten. Tanpa konsisten, ia akan memberi kesan kepada pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Selasa.

Guan Eng berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, yang juga Timbalan Presiden PKR, bahawa parti itu akan mempertahankan Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng yang dipecat daripada jawatan mereka dalam syarikat-syarikat GLC selepas mereka berkecuali daripada mengundi berhubung isu penambakan tanah pada November lalu.

Cheah telah dipecat daripada lembaga Perbadanan Bukit Bendera, manakala Ong dipecat daripada Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd.

Island Golf adalah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang di mana Guan Eng adalah pengerusi kepada semua agensi.

Guan Eng mendakwa bahawa Cheah dan Ong telah bertindak tidak seperti apa yang dikatakan.

"Mereka telah melakukan sesuatu yang sama sekali berbeza daripada apa yang mereka telah dipersetujui dalam mesyuarat. Ini tidak boleh diterima dalam mana-mana organisasi."
Adun PKR , GLC P.Pinang , Lim Guan Eng

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain