suria

Majoriti Rakyat Malaysia Percaya, Hormat BNM - Zeti

Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz
KUALA LUMPUR: Majoriti rakyat Malaysia percaya dan hormat akan Bank Negara Malaysia, kata Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz.

"Rakyat Malaysia berharap pada kami untuk mengekalkan kestabilan yang kita kecapi di negara kita dalam tempoh-tempoh yang mencabar ini.

"Malah kita tidak pernah menghadapi gangguan aliran kredit dan ini penting.

"Perniagaan tidak dinafikan kegiatan kredit seperti di tempat-tempat lain yang aliran kreditnya terganggu dan kecairan tidak disediakan secara memuaskan.

"Saya sentiasa mengusahakan ke arah pengukuhan kekuatan keupayaan dan daya tahan bank pusat," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Asia School of Business dengan kerjasama MIT Sloan School of Management, di sini Selasa.

Zeti berkata pasaran kini secara amnya dalam keadaan 'teratur'.

"Kita melihat penyusutan rizab namun rizab kini stabil. Pada satu ketika kita membangunkan semula kedudukan rizab.
"Itulah cara kita beroperasi," katanya.

BNM, Tan Sri Dr Zeti Akthar Aziz

Artikel Lain