suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Negara Tidak Akan Maju Jika Rakyat Berpecah - Sultan Johor

PONTIAN: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan bahawa tiada negara mampu mencapai kemajuan sekiranya rakyat berpecah-belah dan tidak membentuk perpaduan.

Justeru itu, baginda meminta rakyat negeri ini terus mengukuhkan perpaduan demi menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang maju dan aman damai.

"Apabila kita melihat orang sekeliling sebagai sebuah keluarga, perasaan iri hari dan hasad dengki itu dapat dijauhkan dan disemai pula dengan perasaan sayang dan saling hormat menghormati.

"Oleh demikian, beta menyeru kepada semua rakyat, walaupun berbeza agama dan kepercayaan, mereka harus hidup bersatu dan bekerjasama demi memastikan kemakmuran negeri ini terjamin," titah baginda.

Sultan Johor bertitah demikian dalam majlis makan malam sambutan perayaan Chap Goh Meh 2016 di Stadium Mini Pontian, di sini Isnin malam.

Sambutan yang disertai kira-kira 3,000 jemputan itu, turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong dan Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Ismail Karim.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional masyarakat Cina dan nyanyian oleh artis tempatan Pei Bei.

Artikel Lain