suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Yakin Ekonomi Negara Mampu Harungi Cabaran Global

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terus mengulangi keyakinannya bahawa Malaysia dapat mengharungi cabaran ekonomi global dan memastikan ekonomi kekal kukuh dan stabil pada landasan yang tepat.

Katanya, negara telah mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 5 peratus untuk tahun 2015 walaupun berdepan keadaan ekonomi yang mencabar dan tidak menentu.

Menerusi catatan terbaharu di blognya NajibRazak.com, Ahad, Najib berkata pencapaian ekonomi Malaysia tahun lalu itu meletakkannya di antara yang terbaik di rantau Asean.

"Namun demikian, kita tidak harus leka tetapi sebaliknya perlu terus mengambil langkah proaktif untuk menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat agar tiada yang ketinggalan dalam arus pembangunan negara," katanya.

Khamis lepas, Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan mengumumkan pertumbuhan KDNK tahun penuh 2015 sebanyak 5.0 peratus berbanding 6.0 peratus pada 2014.-- Bernama


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain