suria

Wanita Hilang Dua Hari Ditemui Lemas

KUANTAN: Mayat seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu, ditemui dalam keadaan terapung kira-kira satu batu nautika dari Pantai Kempadang di sini, awal hari Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata mayat Chan Yin Juen, 34, ditemui sekumpulan nelayan yang sedang menangkap ikan pada pukul 3.30 pagi.

"Kumpulan nelayan itu memaklumkan penemuan mayat kepada polis marin, yang kemudiannya bergegas ke tempat kejadian," katanya semasa dihubungi di sini, Sabtu.

Abdul Aziz berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini dan bedah siasat mengesahkan mangsa yang berasal dari Kuantan meninggal dunia akibat lemas.

Beliau berkata identiti mangsa disahkan oleh suaminya, yang turut membuat laporan polis berhubung kehilangan mangsa, dua hari lalu.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penyiasat Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan SM Anuar Abdul Kadir berkata tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa, namun suaminya mengecam tanda pada kuku dan gelang kaki yang dipakai Chan.-Bernama

Wanita Mati Lemas

Artikel Lain