suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Nyaris Maut Kereta Terbabas, Diserang Sawan

Rusli Mohd Noor

BUKIT MERTAJAM: Seorang pelajar wanita di sebuah kolej di sini nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh pembahagi jalan sehingga masuk ke laluan bertentangan di Kota Permai, di sini selepas dia diserang sawan ketika memandu pada Sabtu.  

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, Goo Lieu Chern, 22, memandu sendirian dari arah Bukit Mertajam menghala Juru, di sini sebelum terlibat dalam kemalangan.

Jurucakap polis berkata mangsa dipercayai diserang sawan secara tiba-tiba sebelum dia hilang kawalan sehingga menyebabkan keretanya terbabas ke kanan jalan dan merempuh pembahagi jalan.

"Mangsa bernasib baik kerana semasa kemalangan itu tiada kenderaan di laluan bertentangan berikutan lampu isyarat yang tidak jauh dari tempat kejadian masih merah," katanya.

Jurucakap polis berkata akibat kemalangan itu, Goo tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dia berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.

Katanya wanita itu yang mengalami kecederaan parah di kepala, kaki dan lutut dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata mangsa dilaporkan dalam keadaan koma bagaimanapun keadaannya stabil. -Bernama

Sawan, Kereta Terbabas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain