suria

Najib Hadir Majlis Kesyukuran 40 Tahun Dalam Politik

Najib Tun Razak (tengah) menunggu masuk waktu solat Magrib ketika hadir di majlis kesyukuran penglibatan 40 tahun Najib Razak dalam politik di Dewan Tun Razak 1 PWTC Sabtu malam. Turut Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) dan Imam Makkah, Syeikh Mohammad Idris Al Mashrafe (dua, kiri). Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak bersama lebih 2,000 tetamu menghadiri majlis tahlil dan kesyukuran bersempena 40 tahun penglibatan beliau dalam politik, yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu malam.

Perdana Menteri tiba jam 7.10 malam bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, ke majlis yang dianjurkan Umno itu dengan disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Turut hadir, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Najib kemudiannya menyertai solat Maghrib berjemaah yang diimamkan Imam Makkah, Sheikh Mohd Idris Mohd Al-Mashrafi diikuti tahlil, doa kesyukuran dan bacaan Yasin serta solat Isyak berjemaah. -Bernama

Artikel Lain