suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan WSJ Tiada Asas, Tidak Terbukti - 1MDB

KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada Jumaat mengulangi bahawa ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut kenyataan 1MDB, berbeza dengan dakwaan Wall Street Journal (WSJ) yang tidak berasas dan tidak terbukti, 1MDB secara konsisten kekal bahawa ia tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi perdana menteri.

"Perkara ini telah diulangi oleh pelbagai pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan berbagai-bagai penerbitan antarabangsa bereputasi, mereka telah mengesahkan bahawa dana tersebut adalah dari Arab Saudi.

"Untuk mengatakan laporan mereka mengenai perkara ini tidak pernah dipersoalkan, ia bukan hanya tidak jujur malah pembohongan semata-mata," menurut 1MDB.

WSJ, 1MDB

Artikel Lain