suria

BSN Sumbang 17 Van Jenazah

Antara sebahagian 17 penerima masjid dan institusi yang menerima serahan replika kunci van jenazah di perkarangan Wisma BSN, Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada Khamis.

PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) pada Khamis menyumbangkan sumbangan zakat berbentuk van jenazah kepada 17 masjid dan institusi terpilih di seluruh negara, melibatkan jumlah keseluruhan RM2.04 juta.

Timbalan Ketua Eksekutif (Sokongan Perniagaan) BSN, Ahmad Latfan Mohd Amran berkata, BSN menyokong sepenuhnya kerjasama sektor perbankan dalam menjayakan agenda pembangunan sosial masyarakat Islam. 

Tambahnya, ia merupakan tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan melalui zakat perniagaan Skim Perbankan Islam (SPI) BSN.

“Sebagai sebuah bank yang prihatin serta mengutamakan akses perbankan dan kewangan, BSN akan terus komited untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggan dan masyarakat setempat selaras dengan janji jenama BSN iaitu bagi menggapai kehidupan lebih baik," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Majlis serahan diadakan di Wisma BSN, Kuala Lumpur.

Tambah Ahmad Latfan, keseluruhan peruntukan zakat perniagaan SPI BSN bagi tahun kewangan 2014 berjumlah lebih RM3 juta. 

Katanya, masjid dan institusi yang menerima sumbangan 17 buah van jenazah itu dipilih berdasarkan keperluan masing-masing dan agihan wang zakat pula diberikan mengikut kesesuaian dengan keperluan semasa asnaf.

Selain itu, pecahan sumbangan zakat juga akan diagihkan kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) setiap negeri dan penerima-penerima zakat yang dikenalpasti di seluruh negara.

Sebanyak 95 van jenazah disumbangkan melalui zakat perniagaan SPI BSN sejak 2010.

BSN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain