Najib Mohon Batal Perenggan Dalam Penyataan Pembelaan - Semasa | mStar

Najib Mohon Batal Perenggan Dalam Penyataan Pembelaan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan bagi membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, yang disaman atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.

Peguam M. Reza Hassan, yang mewakili perdana menteri, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara.

Prosiding dalam kamar itu turut dihadiri Gregory Ling yang mewakili bapanya, Dr Ling, yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu.

M. Reza ketika ditemui pemberita berkata permohonan itu difailkan Najib pada 21 Jan lepas.

Sementara itu, Ling berkata Dr Ling telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan saman Najib pada 15 Feb lepas.

"Defendan memohon saman Najib dibatalkan atas alasan tuntutan Najib merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah dan tiada sebab munasabah untuk tindakan," kata peguam itu.

Beliau berkata permohonan untuk membatalkan saman itu telah diserahkan kepada perdana menteri pada 16 Feb lepas.

Ling berkata permohonan Dr Ling untuk membatalkan saman Najib diikrarkan dalam afidavit bertarikh 15 Feb lepas dan disokong oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya cadangan Hakim O'hara supaya kes berkenaan diselesaikan melalui mediasi masih dalam perbincangan, dan mahkamah menetapkan 31 31 Mac ini untuk pengurusan kes.

Pada 27 Okt tahun lepas, Najib menyaman Dr Ling dan antara lain memohon perintah supaya bekas menteri pengangkutan itu menyiarkan kenyataan memohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan olehnya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib juga memohon perintah injunksi untuk menghalang Dr Ling atau melalui kakitangan atau ejennya daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Selaku plaintif, beliau juga memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Najib berkata Dr Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan menerusi satu artikel dalam sebuah portal berita pada 3 Okt tahun lepas.

Perdana menteri mendakwa defendan telah menuturkan perkataan-perkataan berbaur fitnah dengan niat jahat supaya beliau berada dalam kancah skandal, dipandang hina dan kebencian dan perkataan-perkataan berbaur fitnah itu adalah tuduhan yang tidak berasas dan tanpa apa-apa asas atau bukti.

Perdana Menteri , 1MDB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

BSN Sumbang 17 Van Jenazah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain