suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Kapal Nelayan Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Indonesia

- Gambar hiasan
JAKARTA: Tujuh kapal nelayan yang memasang bendera Malaysia ditahan pihak berkuasa maritim Indonesia kerana menangkap ikan secara haram menggunakan pukat tunda di Selat Melaka.

Jakarta Post, akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan kapal-kapal berkenaan ditahan semalam bersama anak kapal warga Indonesia.

Ketua Bahagian Penyeliaan Sumber Maritim Kementerian Hal Ehwal Maritim dan Perikanan, Akhmadon dipetik sebagai berkata kesemua kapal itu milik ahli perniagaan Malaysia namun dikendalikan pekerja migran Indonesia.

Salah seorang kapten kapal berkenaan yang dikenali sebagai Indra, 34, berasal dari Tanjung Balai Asahan, Sumatera Utara berkata beliau bekerja untuk syarikat perikanan dari Perak, Malaysia sejak dua tahun lepas.

"Tidak banyak syarikat perikanan di Asahan. Maka saya berpindah ke Malaysia.Saya terima pendapatan lumayan di Malaysia," katanya.

Kerajaan Indonesia dilaporkan telah memusnah dan menenggelamkan beratus bot haram nelayan asing dalam usaha mengekang penangkapan ikan secara haram di perairan negara itu.
bot nelayan, nelayan Malaysia

Artikel Lain