Beliau berkata pemimpin-pemimpin dari 10 negara Asia Tenggara mengiktiraf hubungan AS-Asean adalah penting sebagaimana blok itu dengan China.
"Hakikat bahawa Presiden Obama melepaskan cuti umumnya (hari ini Hari Presiden) dan mengadakan Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin AS-Asean membuktikan pengiktirafan Washington tentang pentingnya Asean," Najib memberitahu wartawan Malaysia pada Isnin (Selasa di Malaysia) pada akhir hari pertama sidang kemuncak dua hari di sini.
Najib berkata Asean dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS$2.4 trilion (RM10 trilion) dan populasi lebih daripada 600 juta orang dengan kumpulan kelas menengah yang berkembang merupakan rakan penting kepada AS.


