suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengusaha Restoran Nasi Kandar Mati Ditembak

GEORGE TOWN: Seorang ahli perniagaan mati ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi di Jalan Datuk Keramat di sini selepas diekori oleh dua lelaki.


Mangsa, 46, pengusaha restoran nasi kandar dan pusat cuci kereta, yang dikenali sebagai Syed Aiman Zainul Abdin, ditembak dua kali di kepala, dua kali di dada dan sekali di bahagian lengannya.

Dipercayai mangsa sedang berada dalam kereta Mercedes Benz E-Class di hadapan kedai motosikal itu ketika menyedari diekori oleh motosikal terbabit.


Setelah menghentikan keretanya, salah seorang penyerang turun dari motosikal dan melepaskan enam das tembakan, lima mengenai ahli perniagaan itu manakala satu lagi tersasar dalam kejadian pukul 3.30 pagi Khamis itu.

kes bunuh, mati ditembak

Artikel Lain