suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Prosiding Akhir 1MDB: Media Dihalang Masuk Parlimen

KUALA LUMPUR: Pihak media dihalang masuk ke bangunan Parlimen di mana Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengadakan prosiding akhir terhadap isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Prosiding itu akan menyaksikan jawatankuasa itu mendengar keterangan daripada bekas Presiden 1MDB dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shahrol Halmi serta bekas pengerusi syarikat itu Tan Sri Mohd Bakke Salleh pada Khamis dan Jumaat.

Walaupun petugas media pada Rabu telah diberitahu bahawa jawatankuasa itu akan mengadakan sidang akhbar pada Jumaat, beberapa wartawan tetap hadir pada Khamis dengan harapan untuk mendapatkan komen daripada Mohd Bakke selepas beliau memberi keterangan.

Walau bagaimanapun, beberapa wartawan yang tiba di pondok pengawal Parlimen pada Khamis diberitahu bahawa mereka tidak dibenarkan menunggu di luar bilik di mana prosiding PAC diadakan.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata jawatankuasa itu akan mengumpulkan maklumat yang secukupnya daripada pendengaran sebelum membuat kesimpulan yang mempunyai objektif, telus dan adil.

Siasatan PAC ke atas 1MDB berterusan sejak Mei 2015.

Ketua Audit Negara juga dijadual membentangkan laporan akhir mengenai 1MDB pada 24 dan 25 Februari.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain