Mangsa Banjir Perlu Daftar Di Pusat Pemindahan - Shahidan - Semasa | mStar

Mangsa Banjir Perlu Daftar Di Pusat Pemindahan - Shahidan

Datuk Seri Shahidan Kassim
KUCHING: Mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan perlu memastikan mereka mendaftarkan diri agar segala bantuan termasuk pemberian wang ihsan dapat disalurkan dengan sewajarnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata pendaftaran itu perlu bagi memastikan tidak timbul masalah dalam pengagihan bantuan kepada mangsa, pada masa akan datang.

"Insya-Allah sumbangan wang ihsan kita akan beri kemudian cuma saya nak pesan di sini, supaya mereka yang berpindah mendaftar sebab kita tidak boleh berdasarkan cuma dengan cakap...kena tulis dalam buku pendaftaran.

"Jadi sekiranya mereka duduk dalam kawasan banjir berpindah ke tempat lain mereka kena daftar," katanya dalam sidang media di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Matu Baru di sini, pagi Khamis.

Shahidan yang tiba di Kuching pada 12.25 tengah malam tadi melawat pusat pemindahan berkenaan yang menempatkan sejumlah 499 orang mangsa daripada keluarga 125 keluarga.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Datuk Ogu Salim Omar, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar dan Timbalan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Zahari Alias.

Mengulas lanjut, Shahidan berpuas hati dengan respons pasukan menyelamat yang bertindak pantas sepanjang kejadian banjir di Kuching, Bau dan Serian yang berlaku ketika ini.

Beliau berkata selain bersiap siaga, pasukan menyelamat akan memastikan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan dijaga dengan baik.

"Mengenai aset menghadapi banjir, setakat ini tiada masalah. Saya akan berada di Sarawak beberapa hari ini untuk menyelaras perpindahan serta bantuan bencana sementara bantuan wang ihsan diberikan," katanya.

Shahidan berkata sebagai menteri bertanggungjawab menguruskan bencana, beliau akan memastikan perpindahan serta kebajikan mangsa di pusat pemindahan dijaga dengan baik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Antara Kepentingan Diri Dan Hak Jemaah

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain