suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Kelar Leher Akibat Tak Dibayar Gaji

Warga Myanmar ditemui terbaring berlumuran darah berhampiran pusat membeli-belah di Mutiara Damansara, Rabu malam.

PETALING JAYA: Akibat kecewa tidak dibayar gaji, seorang lelaki warga Myanmar bertindak  menggelar lehernya dengan serpihan kaca, malam Rabu.

Pekerja restoran makanan laut berusia 28 tahun itu ditemui terbaring berhampiran sebuah pusat beli belah di Mutiara Damansara di sini dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa  dipercayai cuba membunuh diri selepas majikan tidak membayar gajinya.

"Bagaimanapun, mangsa dapat diselamatkan dengan bantuan  seorang doktor wanita yang kebetulan berada di situ sebelum dikejarkan dengan ambulans ke hospital berhampiran dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya.

Beliau berkata, setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.




Artikel Lain