suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengunjung Berpeluang Lihat Anak Panda Di Zoo Negara Sepanjang Hari

Liang Liang (kanan) dan anaknya di Pusat Pameran dan Pemuliharaan Panda Gergasi Zoo Negara -fotoFAIHAN GHANI/The Star.
PETALING JAYA: Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Zoo Negara telah membuka satu peluang menarik kepada pengunjungnya, khususnya kepada mereka yang mahu melihat beruang panda.

Jika sebelum ini jadual untuk melihat panda adalah terhad, Zoo Negara kini berbesar hati untuk memperkenalkan jadual baharunya kepada orang ramai.

Pelawat kini dapat melihat Xing Xing dan Liang Liang bersama anak-anak mereka sepanjang hari.

Kedua-dua panda ini sebelum ini telah mencatatkan rekod dunia apabila menjadi pasangan pertama dalam kurungan yang melahirkan anak secara semulajadi dalam tempoh yang singkat.

Dilahirkan pada 18 Ogos, anak panda itu yang kini mempunyai berat kira-kira 11kg, sudah cukup matang untuk bersama-sama dengan Xing Xing dan Liang Liang di Pusat Pameran dan Pemuliharaan Panda Gergasi Zoo Negara untuk dilihat orang ramai.

'Booth' khas sempena Tahun Baru Cina juga telah dibuka pada Isnin sebagai memperingati Tahun Monyet. Ia akan terus dibuka sehingga Selasa, 9 Februari.

Aktiviti seperti lukisan muka, permainan dan pertandingan turut diadakan di ruang pameran.

Terdapat juga sumbangan booth untuk kebajikan haiwan dan gerai interaktif yang mampu menimbulkan kesedaran mengenai haiwan primat itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Zoo Negara di talian 03-4108 3422 atau layari laman web mereka.

Artikel Berikut

Artikel Lain