suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aliran Trafik Lebuh Raya Utama Perlahan, Dijangka Meningkat Petang Ini

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Aliran trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan di lebuh raya utama berikutan pertambahan jumlah kenderaan, tengah hari Selasa.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd berkata aliran trafik di kedua-dua arah utara dan selatan lebuh raya perlahan sejak 11.30 pagi tadi dan keadaan trafik dijangka meningkat petang ini.

"Antara kawasan yang mengalami kesesakan termasuk Sungai Perak menuju ke Jelapang, Jawi ke Bandar Baharu, Seberang Jaya menuju ke Juru dan dari Bertam ke Sungai Dua di Pulau Pinang.

"Di sebelah selatan pula, trafik bergerak perlahan dari Bidor ke Slim River, Senawang ke Port Dickson, Nilai ke Bandar Ainsdale dan Senai ke Kulai," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Menurutnya, kebanyakan pengguna jalan raya mengambil kesempatan pulang lebih awal daripada jangkaan berikutan cuti panjang sempena cuti sekolah dan cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan hanya kawasan Bentong menuju ke ibu kota dan Genting Sempah ke Tol Gombak sahaja berlaku kesesakan.

"Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 dilaporkan lancar," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
aliran trafik, Plus, LLM

Artikel Lain