suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trafik Ke Utara, Pantai Timur Sesak

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya PLUS menghala ke Utara dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dilaporkan perlahan dan sesak tengah hari ini berikutan meningkatnya jumlah kenderaan orang ramai yang ingin pulang kampung sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, esok.

Jurucakap PLUS berkata aliran trafik dari Slim River ke Sungkai perlahan berikutan banyak kenderaan mula menggunakan laluan itu.

"Trafik dari Permatang Pauh ke Sungai Dua dilaporkan perlahan di KM130.9 arah utara berikutan kemalangan kecil membabitkan sebuah kereta, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, keadaan trafik menghala ke Selatan dilaporkan terkawal.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pertambahan jumlah kenderaan dari Plaza Tol Gombak menuju ke Genting Sempah, menyebabkan aliran trafik sesak di LPT.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Utara, Pantai Timur

Artikel Lain