suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gemas Turut Dilanda Banjir Selepas Ledang

MUAR: Daerah Gemas di Segamat pula dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan banjir dibuka pada Ahad, selepas daerah Ledang dilanda bencana alam itu susulan hujan lebat pada Sabtu.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat, sebanyak  20 orang daripada lima keluarga kini ditempatkan di Balai Raya Kampung Awat, Gemas.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Ledang Mohd Shahrizan Abd Aziz berkata keadaan banjir di daerah itu semakin surut dengan 59 mangsa masih berada di Sekolah Kebangsaan Sialang tengah hari ini berbanding 69 orang pagi tadi.

Kesemua mereka dari Kampung Seberang Gajah, Kampung Sialang Dalam dan Kampung Tanjong Laboh, katanya.

"Semua mangsa berada dalam keadaan selamat dan sihat, cuma seorang mangsa warga emas dirujuk ke Hospital Tangkak untuk menjalani pemeriksaan kesihatan kerana mempunyai rekod sakit jantung namun beliau berada dalam keadaan sihat," katanya.

Mohd Shahrizan berkata semua agensi yang terlibat masih memantau keadaan memandangkan keadaan cuaca ketika ini mendung. 

Gemas, Ledang

Artikel Lain