suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lesen PSV Pemandu Bas Kasari Penumpang Dibatalkan - SPAD

KUALA LUMPUR: Pemandu bas ekspres yang mengasari seorang penumpang dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang minggu lalu mungkin tidak boleh lagi memandu kenderaan awam.

Ini kerana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) kepada pemandu bas tersebut. 

SPAD dalam kenyataan pada Sabtu mengesahkan pemandu berkenaan telah diberhentikan kerja oleh syarikat bas expres terlibat. 

Dalam insiden 25 Jan yang tersebar di media sosial itu, pemandu bas itu dikatakan naik angin apabila penumpang berkenaan didapati tidur di kerusi yang dikhaskan untuk pemandu.

SPAD berkata pihaknya telah menjalankan siasatan pada Isnin lalu bersama syarikat bas ekspres tersebut, pemandu terbabit dan seorang saksi.

Susulan itu, pengendali bas berkenaan turut dikenakan tindakan undang-undang kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.-Bernama

Pemandu pukul penumpamng, SPAD

Artikel Berikut

Mara Tidak Akan Henti Biasiswa

Artikel Lain