suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mukhriz Adakan Sidang Media Pukul 10 Pagi

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir
ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dijadual mengadakan sidang media di pejabatnya pada pukul 10 pagi Rabu atas kapasitinya sebagai Menteri Besar.

Beliau dipercayai akan mengumumkan peletakan jawatannya secara rasmi selepas mempertahankan jawatannnya itu sejak dua minggu lepas.

Pengumuman bahawa sidang media itu akan diadakan hari ini telah dihantar kepada media kira-kira pukul 11.00 malam Selasa, tidak lama selepas mesyuarat Jemaah Pemangku Sultan Kedah dipercayai berakhir.

Difahamkan bahawa Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah membincangkan isu mengenai kedudukan Menteri Besar sehingga lewat malam selepas bertemu dengan Adun pembangkang pada petang Selasa.

The Star melaporkan bahawa Mukhriz telah bersetuju untuk meletak jawatan selepas krisis kepimpinan di negeri itu berlarutan selama dua minggu.

Tekanan ke atas Mukhriz mencapai tahap baharu pada Selasa apabila beliau, buat kali ketiga dalam tempoh seminggu telah diminta untuk menandatangani surat peletakan jawatan.

Sumber yang sangat rapat memberitahu bahawa Mukhriz telah diserahkan dengan surat peletakan jawatan yang disediakan untuknya sejurus selepas pukul 6 petang.

Percubaan ketiga  untuk menyuruh beliau menandatangani surat tersebut dibuat selepas tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkumpul dalam satu perbincangan tertutup di kalangan mereka di Wisma Darul Aman.

Selepas itu, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri bertemu dengan Mukhriz berhubung surat peletakan jawatan itu.

Artikel Lain