suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Arah Kementerian Ambil Langkah Cegah Demam Denggi, Virus Zika

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Kesihatan supaya mengambil semua langkah pencegahan bagi melindungi rakyat daripada demam denggi dan virus Zika.

Beliau mahu semua pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan  rakyat keseluruhannya berganding bahu memerangi nyamuk Aedes, yang merupakan ejen penyebaran kedua-dua penyakit berkenaan.

"Saya sedia maklum mengenai masalah demam denggi di beberapa kawasan dalam negara, dan juga kerisauan mengenai virus Zika yang melanda banyak kawasan di rantau Amerika," katanya dalam entri terkini blog beliau, NajibRazak.com.

Najib berkata pemantauan lebih teliti amat diperlukan memandangkan iklim negara ini sesuai untuk pembiakan nyamuk Aedes.

"Pucuk pangkalnya, kita perlu mencegah serta menghapuskan sumber atau vektor kepada kedua-dua wabak dan virus ini, iaitu nyamuk Aedes. Jangan beri walau sedikit ruang untuk ia membiak," katanya.

Susulan penularan virus Zika, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan virus itu sebagai kejadian kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa (PHEIC). 

"...dan sewajarnya kita memandang serius ancaman yang dibawa oleh virus Zika ini," kata beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain