suria

Devamany Mahu Tindakan Dikenakan Ke Atas Kayveas

S.K. Devamany.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri S K Devamany mahu tindakan dikenakan terhadap Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas kerana bertindak bertentangan dengan perlembangan Barisan Nasional (BN).

Devamany berkata, Kayveas telah melanggar Fasal 15 perlembagaan itu apabila mengatakan beliau menolak Datuk Seri S. Subramaniam sebagai Presiden MIC pada majlis sambutan Pesta Ponggal, Isnin.

Fasal 15 tersebut menyebut bahawa "Majlis Tertinggi mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan disiplin, menggantung atau memecat mana-mana anggota parti di atas tindakan dalam apa-apa cara yang boleh menggugat kepentingan Barisan Nasional".

"Saya telah menghantar mesej kepada presiden kami (Subramaniam) tetapi kami belum menerima maklum balas daripada beliau," kata Devamany.

"Kami akan bertemu dengan Perdana Menteri secepat mungkin," katanya.

MyPPP merupakan parti komponen dalam BN. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga merupakan pengerusi BN.

Artikel Sebelum

Artikel Lain