suria

Panglima ATM Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran WP

PUTRAJAYA: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengetuai senarai 322 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, Isnin.

Pemimpin tentera kelahiran Pasir Mas, Kelantan, berusia 61 tahun itu dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima darjah sama ialah bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur (1981-1992), Tan Sri Dr Elyas Omar.

Selain itu, sejumlah 22 orang dianugerahkan pingat Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong; Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr Ismail Bakar; Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof.

Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab; Ahli Dewan Negara, Datuk Boon Som Inong; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz; Penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Khairil Annas Jusoh; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Azmi Lateh.

Turut menerima SMW ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Hashmuddin Mohammad; Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Hasim Ismail; Pengarah Maxcorp Development Sdn Bhd., Datuk Anuar Adam; Ketua Pengawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Tajuddin Atan; Pengarah Urusan Ekovest Berhad, Datuk Lim Keng Cheng.

Ahli Lembaga Pengarah DMIA (M) Sdn Bhd., Datuk S.P.Subramaniam Pillai; Pengarah Danau Lumayan Sdn Bhd., Datuk Shaheen Chungtai Mirza Habib Jan; Ketua Pegawai Eksekutif Eithoshin Shoji Co. Ltd., Datuk Tam Yun Tong; Pengarah Media Pejabat Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad; Ketua UMNO Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abd Hamid; Pengarah Urusan Amalan Setar (M) Sdn Bhd., Datuk R. Rajendran; dan Datuk Hasnur Rabiain Ismail dari THB Maintenance Sdn Bhd.

Sejumlah 68 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk, antaranya ialah Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Mokhtar Hussain; Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan; Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Awang Kechik Abdul Rahman; Setiausaha Akhbar Menteri Wilayah Persekutuan, Mohd Hisamudin Yahaya.

Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Ogu Salim Omar; Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Azman Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd., Yaacob Bakhtiar Abdullah; Pengerusi MIC Bahagian Setiawangsa, Rajah Symon; Pengarah Kenanga Investment Bank Berhad, Roslan Tik.

Sementara itu, sejumlah 44 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW) manakala 56 orang dianugerah pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW).

Di samping itu, 54 individu dianugerah pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) termasuk tiga pengamal media iaitu Ketua Biro Berita Harian Putrajaya, R. Magendran; Pengarang Sukan Kosmo, Asan Ahmad @ Hassan Ibin dan wartawan kanan Sin Chew dan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Chin Sung Chew.

Sejumlah 76 lagi individu menerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW), antaranya Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia, Mohammad Rozi Kamis dan wartawan Utusan Malaysia Biro Putrajaya, Norlizah Abas.

Istiadat penuh pengurniaan darjah kebesaran akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur, pada hari ini dan Rabu.

Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan termasuk mereka yang bukan bermastautin di wilayah ini.--Bernama





Artikel Sebelum

MyKad Palsu: 30 Pati Dipenjara

Artikel Lain