suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mukhriz Mungkin Disingkir

PETALING JAYA: Besar kemungkinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan disingkirkan sebagai Menteri Besar Kedah petang Isnin, menurut sumber yang boleh dipercayai.

Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah menemui anak bekas Perdana Menteri itu tengahari tadi meminta supaya beliau meletak jawatan.

Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam itu masih enggan menandatangani surat peletakan jawatan yang disediakan pihak kerajaan negeri.

Difahamkan ini adalah kali kedua Mukhriz enggan meletak jawatan. Kali pertama adalah pada Jumaat lalu.

Ketika ini, tiga anggota jemaah berkenaan sedang mengadakan pertemuan dengan 19 Adun Barisan Nasional (BN) bagi menilai pendirian mereka berhubung isu sama.

Jika pihak jemaah berpuas hati bahawa wakil rakyat terlibat tidak menyokong Mukhriz, bermakna notis penyingkiran akan dikeluarkan terhadapnya.

Majoriti mudah 19 wakil rakyat diperlukan daripada 39 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengisytiharkan Mukhris tidak lagi mendapat sokongan DUN.

Artikel Lain